*BIODATA RASULULLAH Shollaloohu'alaihi wasallam*

๐Ÿ–Œ *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim_.

๐Ÿ–Œ *Tarikh lahir :* _Subuh hari Senin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; yaitu peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

๐Ÿ–Œ *Tempat lahir* : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
๐Ÿ–Œ *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.
๐Ÿ–Œ *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
๐Ÿ–Œ *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah Shollaloohu'alaihi wasallama).
๐Ÿ–Œ *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
๐Ÿ–Œ *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



๐ŸŽˆ *USIA 5 TAHUN*

๐Ÿ’“ _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah Shollaloohu'alaihi wasallama yang
dilakukan oleh dua malaikat_ untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud
di dalam hatinya.

๐ŸŽˆ *USIA 6 TAHUN*

๐Ÿ’“ _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa
'
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda
dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah
Shollaloohu'alaihi wasallama) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muthalib.

๐ŸŽˆ *USIA 8 TAHUN*

๐Ÿ’“ _Datuknya, Abdul Muthalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Thalib.

๐ŸŽˆ *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

๐Ÿ’“Bersama bapa saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
๐Ÿ’“Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

๐ŸŽˆ *USIA 20 TAHUN*

๐Ÿ’“Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ',
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad
Shollaloohu'alaihi wasallama ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

๐Ÿ’“Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

๐ŸŽˆ *USIA 25 TAHUN*

๐Ÿ’“Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

๐Ÿ’“Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

๐Ÿ’“Baginda Shollaloohu'alaihi wasallama bersama-sama Abu Thalib dan beberapa
orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

๐Ÿ’“Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

๐ŸŽˆ *USIA 35 TAHUN*

๐Ÿ’“Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

๐Ÿ’“Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

๐Ÿ’“Rasulullah Shollaloohu'alaihi wasallama diberi kemuliaan untuk meletakkan
' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertengkaran
sehubungan perletakan batu tersebut.

๐ŸŽˆ *USIA 40 TAHUN*

๐Ÿ’“Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

๐ŸŽˆ *USIA 53 TAHUN*

๐Ÿ’“Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayidina Abu
Bakar Ash-Shiddiq.

๐Ÿ’“Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

๐ŸŽˆ *USIA 63 TAHUN*

๐Ÿ’“Kewafatan Rasulullah Shollaloohu'alaihi wasallama di Madinah
Al-Munawwarah pada hari Senin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masehi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH Shollaloohu'alaihi wasallama*

๐Ÿ’š Khadijah Binti Khuwailid.
๐Ÿ’š Saudah Binti Zam'ah.
๐Ÿ’š Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
๐Ÿ’š Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
๐Ÿ’š Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
๐Ÿ’š Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
๐Ÿ’š Zainab Binti Jahsy.
๐Ÿ’š Maimunah Binti Harith.
๐Ÿ’š Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
๐Ÿ’š Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH Sholloloohu'alaihi wasallama*

1.๐Ÿ’œ Qasim
2.๐Ÿ’œAbdullah
3.๐Ÿ’œ Ibrahim
4.๐Ÿ’œZainab
5.๐Ÿ’œ Ruqaiyah
6.๐Ÿ’œUmmi Kalthum
7.๐Ÿ’œFatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH Shollaloohu'alaihi wasallama*

๐Ÿ’™Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Sayidatina
Khadijah bersama Hind bin Habba menikah dengan Rasulullah, Khadijah adalah
seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH Shollaloohu'alaihi wasallama*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthalib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH Shollalohu'alaihi wasallama*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Thalib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah Shollaloohu'alaihi wasallama:*
๐Ÿ’ž  _"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah
mencintai aku_.  _Dan barangsiapa yang mencintai aku niscaya dia
bersama-samaku di dalam_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู…

Nabi Muhammad Shollahu'alaihi wasallama - Manusia Agung

๐ŸŽฏ *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

๐Ÿ’“Begitu indahnya sifat fisikal Baginda, sehingga seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

๐Ÿ’ž Aku belum pernah melihat lelaki yang secakap Rasulullah saw..
๐Ÿ’žAku melihat cahaya dari lidahnya.
๐Ÿ’ž Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
๐Ÿ’ž Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
๐Ÿ’žRasulullah umpama matahari yang bersinar.
๐Ÿ’ž Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
๐Ÿ’ž Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
๐Ÿ’ž Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
๐Ÿ’ž Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
๐Ÿ’ž Wajahnya seperti bulan purnama.
๐Ÿ’ž Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
๐Ÿ’žUrat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
๐Ÿ’ž Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
๐Ÿ’ž Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
๐Ÿ’žHidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
๐Ÿ’žMulut baginda sederhana luas dan cantik.
๐Ÿ’ž Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
๐Ÿ’žApabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
๐Ÿ’žJanggutnya penuh dan tebal menawan.
๐Ÿ’žLehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
๐Ÿ’ž Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
๐Ÿ’žKepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
๐Ÿ’žRambutnya sedikit ikal.
๐Ÿ’ž Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
๐Ÿ’ž Rambutnya terbelah di tengah.
๐Ÿ’žDi tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
๐Ÿ’žDadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih dr pd biasa.
๐Ÿ’žSeimbang antara kedua bahunya.
๐Ÿ’žPergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
๐Ÿ’žTapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
๐Ÿ’žPerut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
๐Ÿ’ž Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
๐Ÿ’žTerlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
๐Ÿ’žWarna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
๐Ÿ’žWarna putihnya lebih banyak.
๐Ÿ’žWarna kulit baginda putih kemerah-merahan.
๐Ÿ’žWarna kulitnya putih tapi sehat.
๐Ÿ’žKulitnya putih lagi bercahaya.
๐Ÿ’ž Binaan badannya sempurna, tulang-tulangnya besar dan kukuh.
๐Ÿ’ž Badannya tidak gemuk.
๐Ÿ’žBadannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
๐Ÿ’ž Perutnya tidak buncit.
๐Ÿ’ž Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

๐ŸŽฏ *KESIMPULANNYA* ๐ŸŽฏ:
Nabi Muhammad shollallohu'alaihi wasallama adalah manusia agung yang ideal
dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

*Nota Kaki :*
_Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk_
_mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai_

Agan lagi membaca artikel tentang BIODATA RASULULLAH Shollaloohu'alaihi wasallam
alamat artikel ini https://ione13.blogspot.com/2017/01/biodata-rasulullah-shollaloohualaihi.html
Agan boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya jika artikel ini sangat bermanfaat bagi teman-teman agan
namun jangan lupa untuk meletakkan link BIODATA RASULULLAH Shollaloohu'alaihi wasallam sumbernya.

Artikel Terkait : Islam

No comments:

Post a Comment